Oleh : Mohd Firdaus Mokhtar
Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
: 10 Januari 2008
Walaubagaimanapun, sepertimana yang dirasakan oleh semua mahasiswa IPT, caj yang dikenakan sebanyak 3 % sebenarnya amat membebankan kepada para peminjam. Kami faham akan kos pentadbiran yang dialami oleh PTPTN, tetapi berilah sedikit ruang kepada kami untuk menyatakan pandangan dan pendapat kami terhadap isu ini. Biarlah wang dipinjam, dibayar dengan harga pinjaman dan bukannya membayar pinjaman bersama caj perkhidmatan. Kami sebenarnya tidak mahu mengubah dasar yang ditetapkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi lebih merupakan memohon simpati kepada Perdana Menteri untuk meringankan beban kami di masa hadapan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed,pernah membayangkan ingin menghapuskan caj perkhidmatan 3 % PTPTN ini. Dalam laporan akhbar pada 24 November 2007 lalu,beliau berkata,’Kerajaan sudah membuat kajian pada awal tahun ini mengenai perkara itu dan kita bersetuju mengekalkan caj pentadbiran sebanyak tiga peratus setahun yang dikenakan kepada peminjam."Bagaimanapun, kita meneliti semula perkara itu dan perbincangan mengenainya mengambil masa kerana membabitkan banyak pihak, khususnya Kementerian Kewangan kerana kita memerlukan peruntukan kewangan besar," katanya..Perdana Menteri
Penelitian semula terhadap caj yang dikenakan terhadap peminjam PTPTN amat wajar sekali memandangkan terdapat keluhan yang serius daripada peminjam terhadap bebanan caj pentadbiran tersebut. ISIUKM berkongsi pendapat dengan Dato' M. Kayveas bahawa “memandangkan PTPTN adalah dana pusingan, maka kerajaan patut memansuhkan caj pentadbiran tersebut”.Sewajarnya, insentif kemudahan pendidikan diberikan bagi memberi keselesaan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah yang semakin hari dihimpit taraf hidup yang semakin meningkat. Tindakan menghapuskan caj pentadbiran PTPTN akan mampu menonjolkan sebuah kerajaan yang peka kepada kebajikan rakyat atau istilah lainnya sebagai ‘good goverment’.
Kami sebagai mahasiswa universiti di
ISIUKM turut mengesyorkan agar Perbadanan PTPTN dapat mengkaji dari segenap sudut agar dapat memberi keselesaan kepada peminjam terutamanya kepada peminjam yang baru sahaja menamatkan pengajian. Kita sedia maklum bahawa ramai juga mahasiswa yang baru menghabiskan pengajian mengambil masa yang agak panjang untuk mendapat pekerjaan. Manakala Pinjaman perlu dilunaskan 6 bulan selepas tamat pengajian tanpa mengambil kira graduan bekerja atau tidak. Sekiranya mendapat penangguhan (maksimum 24 bulan), kadar faedah atas baki berkurangan akan dikenakan dan jumlah pembayaran balik akan meningkat dengan sendirinya. Oleh itu, sewajarnya pihak PTPTN mengambilkira situasi yang berlaku terhadap peminjam yang masih menganggur sedangkan nilai faedah bertambah pada setiap bulan. Justeru itu, kami mencadangkan agar tempoh untuk melunaskan bayaran daripada 6 bulan dilanjutkan kepada 12 bulan tanpa dikenakan bayaran caj perkhidmatan. Bayangkan rakyat
Islam menyeru umatnya mencuba sedaya-upaya mengelak daripada berhutang sebagaimana dalam satu hadis Nabi s.a.w, yang mana Nabi berdoa selepas tahiyyat akhir untuk mengelak daripada azab kubur, fitnah dajjal, fitnah kehidupan dan mati serta mengakhiri doa Baginda dengan memohon dijauhkan dari perkara-perkara yg membawa kepada dosa dan hutang. Apabila ditanya oleh Aisyah r.a mengapa mohon dijauhkan dari berhutang?, Baginda menjawab; berhutang menyebabkan seseorangg menipu apabila bercakap dan mungkir apabila berjanji.
Oleh itu, kami memohon kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mendengar dan bersimpati dengan keluhan kami seterusnya memansuhkan kadar faedah sebanyak 3% tersebut. Memetik kata-kata Kung Fu Tze, bahawa “pendidikan adalah tanggungjawab sosial yang dipikul pemerintah.Atas kebijaksanaan Perdana Menteri sendiri”, Diharap isu utama mahasiswa (student mainstream issues) ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana kita tidak mahu ia menjadi sebab musabab kejatuhan nilai keintelektualan mahasiswa kerana terlalu memikirkan bagaimana kaedah pembayaran yang paling baik. ISIUKM amat berharap agar bebanan mahasiswa diringankan dengan menghapuskan caj pentadbiran yang jelas sekali membebankan peminjam PTPTN. Disamping itu menimbang kembali perkara 153 perlembagaan persekutuan berkaitan biasiswa atau pendidikan percuma. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment