Sunday, April 27, 2008

Berita Harian : 12 April 2008



Keratan akhbar 12 April 2008 yang ditulis oleh saudaran Firdaus Mokhtar, mengenai cadangan penubuhan suruhanjaya bagi perlantikan dan kenaikan pangkat hakim dan pegawai kanan kehakiman sebagai medium untuk memulihkan terhadap badan kehakiman berikutan insiden pemecatan dan perjawatan hakim.

Selain itu juga beliau juga turut mencadangkan agar Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman yang berperanan dalam perlantikan ahli suruhanjaya, memastikan bahawa tokoh yang selayaknya dilantik sebagai anggota suruhanjaya atau jawatankuasa yang akan diberikan tanggungjawab untuk melantik hakim dan pegawai kanan kehakiman lain dalam bidang kehakiman.

Penubuhan suruhanjaya ini diharap dapat memberikan sedikit anjakan paradigma dan peningkatan keyakinan masyarakat terhadap bidang kehakiman di negara kita. Semoga hakim negara kita dapat dilahirkan seperti hakim di zaman di zaman Rasulullah SAW dan sahabat baginda yang terkenal dengan keadilan dan ketulusan sehinggakan plaintif berbangsa Yahudi tergerak untuk memeluk Islam disebabkan adilnya sistem kehakiman Islam pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib kira-kira 1400 tahun yang lalu. Insyallah...

Artikel ditulis oleh : Al Hafiz Firdaus Mokhtar (Presiden Ikatan Studi Islam & Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia ISIUKM) 12 April 2008 diterbitkan oleh Berita Harian dalam ruangan Surat&Email

No comments:

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN